RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 8 Januari 2011

BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MANTAN SUK SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

MANTAN SUK Selangor, Datuk Ramli mengatakan bahawa pencalonan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor bagi menggantikannya telah dimaklumkan kepada MB Selangor sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor. MB Selangor pula menafikannya, bahkan surat yang didakwa salinan kepada MB Selangor pun tidak diterima.

Ini bermakna, ada salah seorang dari mereka ini telah menipu Sultan Selangor. Salah kecilkah jika ada yang menipu atau mengelirukan Sultan Selangor? Perlukah diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat siapa yang berbohong sehingga menjadikan isu perlantikan SUK Selangor sebagai satu krisis Perlembagaan?

Mungkin tindakan boleh diambil kepada bekas SUK Selangor itu sekiranya terbukti beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan jujur, lebih-lebih lagi bertindak mengelirukan Sultan Selangor. Bukan sukar untuk menyiasat perkara ini kerana ianya melibatkan pentadbiran dalaman yang mempunyai dokumen-dokumen dan surat sebagai bahan bukti.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan Polis ke atas mantan SUK Selangor sekiranya Kerajaan Negeri menganggap beliau telah bertindak di luar bidang kuasa dan mempunyai niat untuk mensabotaj Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Polis nak buek apo ? Polis tak akan menyebelahi PR........... jgn membuang masa , tenaga dan wang !!!!!!!

    BalasPadam
  2. Setuju 100% supaya dalang itu dicari hingga ke lubang cacing...

    BalasPadam
  3. Saya cadangkan seluruh rakyat selangor buat laporan polis tentang pembohongan ini...

    BalasPadam
  4. Jika betul dia menipu samalah dia dengan sikitul & mandaliar pengkhianat negara !

    BalasPadam
  5. Cuba bayangkan kalau Khalid Samad MP PAS dilantik menjadi KSN tanpa memberitahu Najib...

    Mcmana agaknya PM rasa...so, lu pikirlah sendiri...

    BalasPadam