Oleh: WFAUZDIN NS
DAP khususnya di P.Pinang sering dituduh sebagai anti-Islam oleh puak-puak yang bersekutu dengan Apco. Puak-puak yang menuduh inilah yang menghasut orang-orang Melayu khususnya golongan tua agar menolak dan memulangkan semula pemberian wang untuk warga emas oleh Kerajaan Negeri P.Pinang. Alasan mereka, kununnya wang tersebut adalah haram untuk diambil kerana wang tersebut datangnya dari hasil judi. Inilah kerja puak-puak sekutu Apco yang lebih suka melihat kaum Melayu di P.Pinang membenci Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng.
Mereka butakan mata mereka dengan fakta ini. Semenjak P.Pinang diterajui oleh PR di bawah DAP, peruntukan untuk pembangunan Islam sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2008, peruntukan adalah sebanyak RM 12.5 juta. Pada tahun berikutnya, tahun 2009 peruntukan telah ditambah kepada RM 20.5 juta. Tiada unsur pengkhianatan dari Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah YAB Lim Guan Eng terhadap orang-orang Melayu berugama Islam walaupun Kerajaan Negeri tidak pernah berhenti dari menerima kecaman dan fitnah dari Umno P.Pinang. Pada tahun 2010, peruntukan telah ditambah lagi menjadikan jumlah sebanyak RM 24.3 juta.
Namun demikian, ini semua tidak pernah masuk di dalam kepala otak puak-puak yang bersekutu dengan Apco ini. Mereka telah menjalankan berbagai usaha untuk menggambarkan betapa zalimnya Kerajaan Negeri PR di bawah DAP ini terhadap orang-orang Melayu berugama Islam. Adakah YAB Lim Guan Eng merasa tertekan atau mahu membalas dendam terhadap puak ini? Tidak, sebaliknya beliau telah meningkatkan peruntukan untuk pembangunan hal ehwal Islam di negeri tersebut bagi tahun 2011 sebanyak RM 63.21 juta. Di mana penganiayaan terhadap Islam di P.Pinang?
Dakwa mereka lagi, Kerajaan Negeri banyak merobohkan gerai-gerai milik kaum Melayu. Faktanya, gerai Melayu yang telah dirobohkan hanyalah sebanyak 30 peratus sahaja, manakala yang bukan Melayu sebanyak 70 peratus. Kerajaan Negeri tidak pernah meletakkan faktor kaum atau ugama di dalam menguatkuasakan undang-undang Majlis Perbandaran. Di Seberang Prai, jumlah gerai orang-orang Melayu yang dirobohkan hanya 15 peratus manakala bagi yang bukan Melayu sebanyak 85 peratus. Mengapa kaum lain tidak bising di atas tindakan merobohkan gerai ini melainkan Umno sahaja yang melalak tidak berhenti? Ini adalah kerana hasad dan dengkinya mereka terhadap ketelusan pimpinan YAB Lim Guan Eng.
Begitulah buruknya perangai mereka berpolitik. Mereka akan sentiasa mencari dan mencipta isu agar rakyat dapat diperbodohkan seperti mereka yang sering diperbodohkan oleh pemimpin parti mereka sendiri. Oleh kerana asyiknya mereka mencari isu dan mencipta fitnah umpama anjing mencari bangkai, mereka lupa betapa wang saham Bumiputera miskin sebanyak RM 54 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di Bursa Saham, kini tinggal RM 2 bilion sahaja. Pernah mereka fikir dan bertanya ke mana lesapnya wang yang begitu banyak untuk kaum Bumiputera itu? Mereka memang suka diperbodohkan oleh pemimpin mereka.
Kita tiada jalan lain lagi. PR wajib kita letakkan di Putrajaya agar semua kaum dapat menikmati hasil kekayaan negara ini. Kita sudah serik dan jemu serta meluat dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah menjadi kewajipan buat Umno/Bn memerintah negara ini. Mereka tidak tahu memerintah sekiranya tidak menyusahkan rakyat. Justeru itu, mereka suka agar rakyat terus bodoh agar rakyat tidak tahu rahsia kedurjanaan mereka./wfauzdin.blogspot.com

UMNO@APCO-BN DI PULAU PINANG HANYA MEMBUAT KERJA-KERJA DAJAL,MEROSAKAN & MEMUSNAHKAN APA YANG TINGGAL SEJAK MEMERINTAH LEBIH 52 TAHUN, KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU SIKIT DEMI SEDIKIT GHAIB DENGAN KERJA 'TANGAN-TANGAN DAJAL' DARI PEMIMPIN UMNO HINGGA MELAYU BANYAK LARI MENINGGALKAN PULAU ! CONTOH PROJEK TERBAIK DIBAWAH SELIAAN KRONI UDA IALAH FLAT TANJUNG TOKONG YANG 'ISTIMEWA' DIMANA BILA MASUK SAJA DISAMBUT DENGAN JUMPA JAMBAN & DAPUR DULU ! DIJELUTUNG DARI DULU JIKA UMNOI KUAT & IKHLAS BELA MELAYU LAMA DAH MENYEKAT ATAU MEMBINA KAWASAN ITU UNTUK KEDIAMAN MELAYU ,DIMANA KINI KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU SUDAH KIAN GHAIB DARI BANDAR GEORGE TOWN ,YANG TINGGAL PUN SEKANGKANG MONYET IAITU SEBAB DIWAKAFKAN (KG MAKAM TN HJ KASSIM)ITU PUN NYARIS MUSIBAT PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO BERPAKAT DENGAN ABAS HABISI (DPMPP)DENGAN MAIPP,MPPP MAU MENUKAR STATUS WAKAF JADI KOMERSIAL SUPAYA SENANG SONGLAP TANAH ITU YANG BERNILAI JUTAAN RM KINI ! TAPI NANGOI-NANGOI UPAHAN UMNOI BUAT-BUAT TAK TAHU INI SEMUA DAN HANYA MAHU MENYERANG PR 'KUNUN' MENYUSAHKAN MELAYU,ANIAYAKAN MELAYU & LAIN-LAIN FITNAH DAJAL, SEBENARNYA MODAL SUDAH TAK ADA ,LOBANG 'FULUS MASYUK' SUDAH HILANG,NAK SUB-CON & ALI-BABIKAN PROJEK SUDAH KANTOI,JADI KINI UPAH LA GENG MAMAK UMNOI (MENGAKU MELAYU)SERANG KOMTAR DAN PR SELALU ! TAK SEMUA MELAYU PENANG BODOH MACAM UMNOI PULAU PINANG,DULU BOLEH KELENTONG TAPI KINI MATA & MINDA MELAYU PENANG DAH TERBUKA & NAMPAK PEKUNG & KHIANATNYA UMNO PULAU PINANG !
BalasPadamminta PR hati2 dalam isu lantikan SUK selangor (khusrin)sbb mmg umno rancang utk PR nampak derhaka pada sultan selangor setelah lantikkan tersebut di belakangi dari pengetahuan MB,harap PR tidak cepat melatah dan dapat elak dari UMNO mainkan isu derhaka ini..cara ini agak licik tetapi bodoh bagi mereka yg merancang pekara ini..
BalasPadam