Oleh: WFAUZDIN NS
ISU slogan 1 Malaysia, nampaknya pemimpin Umno teramat sayang kepada slogan itu. Mereka sayang kepada slogan itu sahaja, walhal dari segi intipati atau pelaksanaannya jauh sekali. Hinggakan baru-baru ini ada program yang dihadiri oleh Jamil Khir diberi nama `1 Malaysia, 1 Umat'. Hebat sungguh, bayangkan baru kita tahu di negara ini hanya ada satu umat sahaja. Umat mana satu? Jamil Khir mungkin tahu.
Berbalik soal slogan `1 Malaysia' yang menjadi kontroversi di Selangor. Umno dakwa Kerajaan Negeri Selangor teramat takut dengan slogan yang seiras pandang dengan `One Israel' itu. Jangan tersilap faham, PR yang mentadbir di Selangor tidak takut, malah muak dengan slogan hipokrasi 1Malaysia BN.
Sekarang, mari kita bertanya kepada mereka, negeri manakah yang kini diterajui oleh PR di mana gambar MB atau Ketua Menterinya digantung di dalam pejabat atau kelas di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran? Oleh yang demikian, terlalu remeh sangat untuk dibesarkan isu slogan hipokrit `1 Malaysia' tersebut yang dilarang penggunaannya di Selangor. Itu pun Kerajaan Negeri masih boleh bertimbang rasa untuk mengkajinya. Bolehkah mereka mengkaji semula larangan menggantung gambar MB/KM di bawah PR di pejabat-pejabat atau sekolag di bawah kementerian? Jawabnya, kirim salam.
Rakyat faham slogan 1Malaysia telah menghukum tanpa bicara Ketua Pembangkang digantung daripada Parlimen selama 6 bulan. Slogan ini juga telah menggantung 3 MP PR yang lain. Slogan inilah yang menghalang suara mereka dibawa ke Parlimen. Slogan 1 Malaysia juga dilihat tidak profesional, saban waktu memburuk-burukkan PR. Apakah wajar PR membantu mempromosikan slogan hipokrit itu?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan