TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Isnin, 3 Januari 2011

MALANG BUAT YB GOBALA.....

KISAH SALAK MENYALAK N GOBALAKRISHNAN

Sebelum ini,N.Gobalakrishnan adalah antara pemimpin India dalam PKR yang popular berbanding mereka yang lain.Selain Bala,pemimpin berpotensi PKR berketurunan India adalah Michael Jeyakumar (Adun Sri Andalas) dan YB Manickavasagam (MP Kapar).Kepopularan Bala dalam politik adalah berkebetulan dengan sikapnya yang sering terkehadapan dalam protes, termasuk di Parlimen.

Bagi mencuba nasib dirinya dalam politik,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR,berkemungkinan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah,Mansor Othman,Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun,beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut.Pun begitu,harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran,seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu,beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri.Malah,beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing,walhal kuil tersebut ditutup kerana masalah struktur tanah oleh MBPJ.Ternyata,rentak beliau mula dinilai oleh orang ramai,melihat sejauh mana keikhlasan beliau dalam berpolitik.

Terbaru,beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa.

Yang Berhormat,tidak terlantiknya yang berhormat ke kerusi Naib Presiden PKR bukannya bererti PKR anti India atau Hindu,sedangkan N.Surendran juga seorang India.Adakah dengan perangai yang berhormat sebegini difikirkan layak menjadi Naib Presiden?Mirror yourself la..../kamisokongpas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini