Utusan Malaysia malam ini melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Negara (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, yang mengatakan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Utusan sebagai memetik kenyataan presiden persatuan itu menegaskan bahawa siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.
Kalau dilihat kenyataan Karpal Singh yang dimaksudkan oleh Utusan ini sudah begitu lama, iaitu pada tahun 1997, kira-kira lebih 13 tahun dahulu. Dalam hal ini pendapat peribadi ReJaM© bersetuju jika pihak kerajaan ataupun mana-mana pihak berkaitan ingin menyiasat kes ini dan bertanya kepada Karpal tentang bukti yang dimaksudkannya. Sekiranya benar Anwar Ibrahim bersalah, maka beliau harus dihukum! Rakyat juga tidak perlu lagi menyokong pesalah seks begini.
Kes 1997 yang sudah begitu lama mahu disiasat, jadi kes 2007 apatah lagi bukan? Kes yang masih panas ini dengan bukti siasatan sebuah badan NGO luar negara (Migrant Care) seharusnya juga disiasat! Wajib disiasat! Menteri yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesianya harus diheret ke muka pengadilan!
Jangan lupa juga kes pembunuhan Altantuya yang didedahkan oleh akhbar Perancis Libration dan Wikileaks, kes ini juga harus disiasat. Semua pemimpin yang korup, yang penuh dengan skandal, tidak kira dari Parti Kerajaan atau Parti Pembangkang wajib disiasat!
Presiden Persatuan Peguam Malaysia jangan hanya menyalak dan berlakon untuk menyiasat kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang sahaja. Tapi pemimpin kedua-dua parti wajib disiasat sekiranya terdapat bukti dan pendedahan. Macam itu barulah dinamakan negara Hukum! Negara bertamadun!
Source: Karpal Singh ada bukti salah laku seks Anwar? - MiLo SuaMhttp://milosuam.blogspot.com/2011/01/karpal-singh-ada-bukti-salah-laku-seks.html#ixzz1A5g2mUda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan