RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 4 Januari 2011

TIADA KERAJAAN PERPADUAN - NIK AZIZ, HADI

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah membaca kenyataan media Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz berkaitan pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan Umno di Istana Terengganu, KL. Kenyataan media tersebut saya baca di blog Sharshooter di sini.

Terbukti, tiada kenyataan berkaitan Kerajaan Perpaduan di antara PAS - Umno yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS itu. Tuan Guru tidak mahu mendedahkan butiran perjumpaan tersebut oleh kerana menjaga adab Ke Bawah DYMM SPB YDP Agung. Secara lojiknya, sekiranya sesuatu perbincangan itu penting untuk rakyat sudah tentu kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh pihak Istana. Mungkin, Istana berjumpa dengan kedua-dua parti terbesar itu hanya untuk meredakan ketegangan politik terutamanya berkaitan isu kepentingan Melayu atau pun Islam.

Sekiranya ada dakwaan bahawa isu Kerajaan Perpaduan telah dibangkitkan semula, sudah tentu kita akan dapat melihat tanda-tanda kedua-dua parti iaitu PAS dan Umno akan mengorak langkah ke arah itu. Tetapi, sehingga kini kita melihat masing-masing terus dengan agenda parti masing-masing, lebih-lebih lagi PAS yang dilihat semakin akrab dan aktif bersama sekutunya di dalam PR. Justeru, ini membuktikan dakwaan wujud perbincangan Kerajaan Perpaduan adalah satu persepsi sahaja.

Lebih jelas lagi, di dalam Berita NTV jam 7 petang tadi di dalam isu ini, Presiden PAS menafikan semua isu berkenaan Kerajaan Perpaduan dan tidak mahu berita yang tiada, diada-adakan. Dalam nada tegas, beliau juga tidak mahu Istana dilibatkan di dalam politik.

Alhamdulillah, PAS masih tetap dengan PR dan parti ini masih kenal siapa lawan dan kawan di dalam meneruskan perjuangan Islamnya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan