RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 5 Januari 2011

KERAJAAN PERPADUAN - TULANG BESI WAS-WAS, TAPI SAYA YAKIN

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA teman yang beranggapan saya begitu `ekstrim' menolak UG atau Kerajaan Perpaduan yang dahulunya panas diperkatakan sehinggalah isu itu dimatikan di dalam Muktamar PAS yang lalu. Baru-baru ini muncul kembali dakwaan UG itu masih wujud apabila dipertemukan pemimpin besar PAS dan Umno di Istana KL.

Apabila isu ini seperti dihangatkan semula, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS tampil untuk menenangkan keadaan. Mursyidul Am di dalam kenyataannya menyebut beliau tidak dapat mendedahkan butiran perjumpaan tersebut kerana dianggap menyalahi adab kepada Ke Bawah Duli Tuanku. Presiden PAS pula menyebut, jangan mana-mana pihak cuba untuk mempolitikkan Istana dan membuat spekulasi yang tidak benar.

Apabila saya membaca tulisan Tulang Besi (Blog MalaysiaWaves), saya tidak bersetuju apabila beliau menyebut isu UG ini tidak dinafikan oleh Mursyidul Am Pas sebagai menggambarkan perbincangan di Istana itu ada kaitan dengan UG. Saya faham benar bahawa Tulang Besi juga seperti saya yang teramat benci jika disebut tentang UG, begitu juga dengan ramai rakan yang lain. Bagi saya, walaupun Mursyidul Am atau Presiden tidak menafikan di dalam kenyataannya bahawa isu UG ini dibincangkan, tetapi kedua-dua tokoh ini juga tidak mengiyakan bahawa ada perbincangan tentang UG.

Tidak salah jika kita ambil satu pendekatan yang lebih bijak sejajar dengan nasihat oleh Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut, " Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana." (Kenyataan Media Mursyidul Am PAS).

Saya juga menyebut isu ini di dalam beberapa tulisan saya dan saya memohon agar pimpinan PAS dapat memberikan penjelasan. Setelah penjelasan ini diberikan, maka saya percaya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am dan juga Presiden PAS sendiri dan bagi saya muktamadnya, PAS tiada hati lagi untuk bersama Umno atas dasar Kerajaan Perpaduan. Saya tidak mampu membaca apa yang tersirat dihati kedua-dua tokoh besar PAS itu.

Saya hanya melihat kepada realiti di depan mata di mana sejurus selesai Konvensyen PR baru-baru ini, saya telah menyaksikan hubungan PAS, PKR dan DAP semakin serasi. Mana mungkin disaat DAP telah mula `bermesra' dengan isu Negara Islam yang diimpikan oleh PAS, tiba-tiba PAS mahu menoleh kepada Umno yang semakin lama semakin dibenci oleh rakyat sekarang. Mustahil PAS bersikap sedemikian.

Kalau lah mahu percaya atau yakin juga bahawa isu UG ini sememangnya ada disebut di dalam perjumpaan itu, tidak mustahil ianya dimulakan oleh Presiden Umno dan ditolak oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden di dalam pertemuan tersebut. Tidak mustahil bukan? Dan ianya tidak disebut oleh kedua-dua pimpinan PAS semasa sidang akhbar adalah kerana untuk menjaga hati DYMM Tuanku dan juga Presiden Umno.

Apa pun, yang pentingnya eloklah kita yakin dan percaya kepada kedua-dua pimpinan kita ini. Apa yang kita mahu tahu telah dijawab, maka cukuplah sampai di sini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Wan saudara faham bagaimana salur galur dalam pemulihan PKR baru-baru ini. Wan saudara faham bagaimana jawatan dan pangkat mempengaruhi tindakan dan tingkah laku dalam pemilihan.

    Tulang Besi pernah mengaku minta CEO dengan Hassan Ali dan dia tak diberikan jawatan itu. Wan faham kenapa Dr Hassan Ali tak memadai dalam soal CEO.

    PAS nak Muktamar dan TB bersingkap seperti sesetengah mereka dlm PKR menjadikan parti sekadar kuda tungangan sahaja

    BalasPadam