SHAH ALAM 2 JAN : Menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan 1 Malaysia sebagai 'alat' retorika politik nafikan usaha Pakatan Rakyat membentuk negara yang mementingkan kebajikan rakyat.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang tahun 2010 menyaksikan Umno-BN terus mempergunakan kuasa yang ada dengan menekan, mengeliru dan menakut-nakutkan rakyat daripada turut sama menuntut perubahan. Beliau dalam ucapan sempena tahun baharu 2011 berkata untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang harmoni, negara memerlukan muafakat baru di antara kaum bagi menuntut perubahan dan tidak tergelincir ke jurang kehancuran.
"Kita berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan ranjau dari rejim penguasa yang sudah terlalu lama bekerja dengan cara lama, menindas suara dan tuntutan rakyat yang dahagakan perubahan," ujar beliau. Menurutnya lagi, pelbagai bentuk kepalsuan telah dikilangkan dengan memutar belitkan fakta, memasung perbezaan pendapat dan mengadu domba permusuhan dikalangan rakyat berbilang kaum untuk menggagalkan politik baru. "Serangan demi serangan menggunakan slogan dan retorika politik berubah ini muncul dari luar dan dalam bertujuan melemahkan keazaman dan fokus perjuangan kita.
"Idea-idea bernas serta dasar-dasar yang baik telah dirancang dan dibahaskan secara mendalam demi mengangkat martabat dan mutu kehidupan rakyat oleh Pakatan Rakyat terus dipinggirkan dan dibungkam oleh Umno-BN bagi mengekalkan hegemoni kuasa politik sempit mereka. "Kita harus akur dan berlaku jujur bahawa tuntutan perubahan ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan dalam menguruskan perubahan (managing change) "Kita wajar mengambil langkah-langkah dan tindakan untuk memperbaiki kelemahan kita serta belajar dari pengalaman agar organisasi kita menjadi lebih kukuh, efektif dan berdaya saing," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Tegasnya, perjuangan jerih PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat tidak berlandaskan kebencian dan kemarahan bahkan ia didukung atas dasar mahu melihat setiap rakyat diberi peluang mendapatkan mutu kehidupan yang lebih baik. "Saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahli parti, pendukung dan pimpinan agar memperkukuhkan perpaduan diantara kita.
"Perbezaan pendapat adalah proses biasa yang harus kita tempuh untuk merungkai sesuatu masalah. Kendati demikian, saya yakin semangat kebersamaan kita dalam perjuangan ini mengatasi perbezaan yang ada," ujar beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa./TVNews

Tiada ulasan:
Catat Ulasan