RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 7 Januari 2011

PERBINCANGAN PERLANTIKAN SUK SGOR TELAH DIBINCANG TAHUN 2009 LAGI - MB SGOR

MB: Khusrin sah SUK, tapi belum boleh angkat sumpah kerahsian

Jimadie Shah Othman
Jan 6, 11

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohammedd Khusrin Munawi sebagai sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsian, dan oleh itu tidak membolehkan beliau menghadiri mesyuarat exco negeri.

Khalid berkata, Khusrin tidak boleh mengangkat sumpah tersebut sehinggalah selepas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk membincangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri selangor berhubung pelantikan SUK.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu pelantikan Khusrin tidak dipolitik dan disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Menteri besar berkata beliau tiada sebarang masalah memberikan kerjasama, seperti dititahkan sultan.

Bagaimanapun, kata Khalid, perkara itu melibatkan hal pengurusan negeri.

"Tentang kerjasama, datang tengok beliau angkat sumpah, itu pun kerjasama juga," katanya.

Mengenai cadangan pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri, Khalid berkata:

"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak."

Berhubung kuasa memanggil dewan bersidang, Khalid mengatakan perkara itu juga "terpulang pada speaker."

Ditanya tentang titah Sultan Selangor yang mahukan cadangan itu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Baginda, Khalid berkata, ia hendaklah dimaklumkan pada speaker dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya: "Tiap-tiap minggu saya jumpa sultan".

Khalid juga positif cadangan pindaan itu akan mendapat perkenan sultan.

"(Kita) tak perbesar (isu). Saya hendak betulkan perkara ini. Saya ingat Sultan pun setuju. Takkan tak setuju," katanya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan SUK Shah Alam hari ini, Khalid enggan membuat spekulasi tentang hasil sidang itu nanti.

"Terpulang pada dewan, positifkah, negatifkah. Tapi saya tak boleh buat spekulasi," katanya.


Sementara itu, Khalid berkata SUK terdahulu, Datuk Ramli Mahmud tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung pelantikan Khusrin.

Menurut kronologi komunikasi pelantikan Khusrin yang dikeluarkan oleh istana, Ramli berkomunikasi secara langsung dengan wakil-wakil Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung pelantikan tersebut.

Menteri besar berkata, isunya ialah perkara itu tidak diberitahu kepada beliau.

Katanya, Ramli tidak memberitahu beliau dan Sidek memilih untuk berurusan dengan Ramli sahaja, dan Ramli pula memilih untuk berurusan dengan Sidek tanpa pengetahuan menteri besar.

Ini, kata Khalid, merupakan salah satu isu yang membawa kepada masalah tersebut.

Ditanya sama ada ia merupakan satu tindakan sabotaj, Khalid menjawab: "Itu bergantung bagaimana anda menulisnya".

Beliau juga menolak dakwaan setiausaha sulit sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani pagi ini bahawa beliau tidak membincangkan calon-calon SUK dengan suruhanjaya perkhidmatan awam lebih awal.

"Saya sudah berbincang dengan jabatan perkhidmatan awam sejak tahun 2009 ketika tempoh perkhidmatan Ramli disambung."/Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan