RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 6 Januari 2011

KSN PUNCA KEJATUHAN IMEJ DAN MORAL DATUK KHUSRIN

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA percaya apa yang diperkatakan oleh MB Selangor bahawa kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir berkaitan isu perlantikan SUK Selangor adalah pandangan peribadi beliau sahaja. Sebelum ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor di dalam kenyataan medianya menyebut bahawa perbincangan di antara MB Selangor dengan JPA atau SPA berkaitan isu perlantikan SUK Selangor setelah SUK dilantik tidak wajar dan menjatuhkan kredibiliti calon yang telah dilantik.

Persoalannya, siapakah yang memulakan semua ini sehingga dianggap penolakan SUK Selangor Datuk Khusrin oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai menjatuhkan kredibiliti beliau? Hakikatnya, Datuk Khusrin telah dipilih oleh KSN untuk menjadi SUK Selangor yang baru tanpa dibawa berbincang terlebih dahulu dengan MB Selangor. KSN sepatutnya bertindak profesional dan penuh integriti serta beradab dengan Kerajaan Negeri Selangor walaupun Selangor kini ditadbir oleh PR.

Apa yang berlaku, KSN melangkau Pejabat MB Selangor dan terus menapak ke Istana Selangor bagi mempersembahkan nama calon yang dipilih. Tindakan ini lah yang kita anggap sebagai satu tindakan tidak bermoral dan tidak beretika samasekali. Usah kecoh dengan peraturan atau undang-undang bila membicarakan soal moral kerana integriti dan moral ini lebih tinggi dari undang-undang. Mungkin kaedahnya mematuhi undang-undang tetapi dari segi moral dan adab caranya menjijikkan.

KSN sebenarnya yang telah merosakkan imej dan moral Datuk Khusrin. Datuk Khusrin pula sanggup di`kambing hitam'kan walaupun beliau lebih arif tentang adab kesopanan lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Pengarah JAIS. Lebih memalukan, Datuk Khusrin sanggup `menonggok' di atas kerusi KSU Selangor walaupun beliau tahu situasi yang berlaku.

Mengapa Setiausaha Sulit Sultan Selangor tidak menegur KSN yang membelakangkan MB Selangor di dalam perlantikan KSU ini? Umpama pasangan bergu badminton, memang jurulatih punya kuasa mencatur pasangan yang difikirkan sesuai, tetapi jurulatih yang bijak akan bertanya terlebih dahulu kepada pemain terlebih dahulu adakah beliau serasi atau boleh bermain dengan baik dengan pasangan yang ditetapkan oleh jurulatih tersebut. Kecuali, jurulatih berkenaan sememangnya berniat jahat atau ingin melakukan sabotaj terhadap pasangan bergu berkenaan.

Saya mengucapkan syabas kepada MB Selangor yang setakat ini berusaha untuk menyelamatkan Negeri Selangor dari di`perlekeh'kan atau diperbudakkan. Kita harus terus menyokong usaha beliau ini kerana jika perkara sedemikian dibiarkan berlaku, tidak mustahil akan banyak lagi camportangan yang tidak wajar akan berlaku bagi mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. KSN bukan sekadar tak beradab, tapi juga biadap..ibarat anak yg nak kawin tak perlu berwalikan bapa dan boleh terus guna wali hakim, dan si wali hakim ni pula tak bertanya adakah si anak ada bapa atau tidak..inilah zaman moden..boleh terus langkau aje...jadi mangsanya si bapa,yg nampak buruknya si bapa..sedangkan si anak yg tak ikut prosedur agama dan memanipulasi undang2 manusia...

    BalasPadam