RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 Disember 2010

MAHATHIR SURUH LUPAKAN SEJARAH DAN KETURUNAN, TAK SURUH TARIK ANUGERAH ATAU PINGAT KE?

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Hazlan Zakaria
Nov 30, 10

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Mahathir hanya mahu melayu tidak mempertikaikan kehadiran ramai keturunan mamak dalam umno apabila orang melayu menggunakan istilah ketuanan melayu. Rahim kajai menggunakan istilah dkk.

    BalasPadam
  2. Kita perlu tafsir pengertian di sebalik kenyataan Mahathir. Bagi saya ada seribu satu macam tafsiran. Fikir-fikirkan lah...Jangan jadi lebai malang, Menang sorak kampung tergadai, mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan, yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat, kerana hidup ini penuh tipu daya.kadang-kadang kita keliru yang mana hitam yang mana putih.yang mana intan yang mana permata.apa-apapun kena timbang juga untung dan rugi, agama, bangsa dan negara. wallahualam. terima kasih

    BalasPadam