RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 11 Disember 2010

PESANAN BUAT RAKAN BLOGGERS - JANGAN BERPUSING WALAU SETENGAH DARJAH SEKALIPUN

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA benarnya pandangan dan pendapat dari rakan-rakan Bloggers yang mahukan agar PR lebih prihatin dan peka terhadap sumbangan Bloggers pro PR. Mereka semua berjuang tidak seperti Bloggers pro Umno berjuang yang sentiasa menuntut itu dan ini agar mereka terus diberi perhatian dan disanjung walaupun sebenarnya Umno boleh hidup tanpa Bloggers kerana mereka ada media pencacai yang lain.

Berbeza dengan kita di dalam PR, kita tiada media cetak atau elektronik sehebat mereka. Kita banyak bergantung kepada media parti yang terhad edarannya dan kadangkala disekat. Kita juga banyak bergantung dengan Bloggers yang bersama dengan perjuangan ini. Kadangkala terfikir juga, di dalam keadaan kita masih belum memerintah dan menjadi kerajaan Pusat pun kita kurang beri perhatian kepada Bloggers seperjuangan, apa akan jadi jika kita sudah memerintah di mana media-media hebat seperti TV, radio dan akhbar perdana telah kita kuasai.

Walau bagaimanapun, saya berpesan kepada rakan-rakan Bloggers yang ikhlas berjuang ini. Kita harus menepuk dada kita sendiri, adakah kita memerlukan parti atau parti memerlukan kita untuk terus berjuang? Bagi saya, samada kita dihargai atau tidak, saya tetap percaya bahawa perjuangan ini mesti diteruskan. Biarlah parti memikirkan apakah yang patut mereka lakukan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Tugas kita adalah bersama parti untuk melakukan perubahan.

Usah difikirkan sangat untuk kita berpusing walau setengah darjah sekali pun kerana kita telah ada `Kiblat' kita di hadapan. Jika parti tidak menghargai usaha-usaha ikhlas kita ini, kita berdoa agar Allah dapat membalas usaha kita sama seperti usaha pejuang-pejuang yang lain. Namun, berpaling dari `Kiblat' walau setengah darjah sekalipun tidak akan dilakukan. Biarlah kita merasa susah sedikit kerana perjuangan ini.

Mudah-mudahan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Kurniaan Allah lebih baik dan mulia dari kurniaan insan. Berdoalah agar Allah murahkan rezeki kita agar kita terus dapat menulis dan membantu perjuangan mulia ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. tapi jika mereka xnak dengar dan bantai kita balik kerana menegur mereka,mmg patut para blogger dah semakin terasa hati dan mls nk melayan mereka terutama PKR yg sombong dan bongkak yg igt hnya mereka yg btl...

    BalasPadam
  2. Bismillah,
    Assalamualaikum,
    Walau apa pun terjadi,lawan tetap lawan menentang kejahatan UMNO/BN sampai jatuh terlentang...
    Walau pun tidak di pandang sapa kita ini tetapi keikhlasan kita biarlah Allah yang melihatnya...
    allahuakbar3x

    BalasPadam
  3. Memang begitulah, setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Jika kita mengharapkan sesuatu balasan dalam perjuangan ini, kita akan kecewa sekiranya perjuangan kita tidak dapat balasan. Justeru itu soal balasan atau tidak, terpulanglah pada individu itu untuk meneruskannya. Lahirnya aku di alam siber ini pun bukan untuk mencari kepentingan diri, cuma diatas prinsip ingin melihat wujudnya sebuah negara yang adil demi menegakkan kebenaran. Samada parti menghargai atau tidak, itu masalah mereka. Yang penting, perubahan iklim politik negara ini harus dilakukan. Life and struggle must go on... Semoga WFauzdin terus menulis dan menulis demi untuk kebaikan semua. Samada sekecil mana pengorbanan saudara, ianya tetap dapat balasan dunia akhirat.

    BalasPadam