RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 6 Disember 2010

KENAPA POLIS DIBENCI ?

Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

suhakamSementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. sebab buat keja tak guna otak... buat keja macam b*b* menyondol je... setahu aku masa belajor POPO dulu. patutnya golongan yang kecil di lindungi... ini tak perompak, perogol, tokey dadah, geng curi kereta yang dilindungi... kalau tak mengaku tak pa lah sebab kat dunia ni polis boleh buat apa saja... Allah S.W.T maha mengetahui... setiap hamba rakyat yang dizalimi polis akan menuntut hak mereka walaupun sebesar zarah diakhirat kelak... ingat sikit tu wahai polis2 berperangai lembu...

    BalasPadam