SEBAIK saja Berahim Ali raja katak dari Pasir Mas keluar dari menerima rawatan sakit jantungnya, saya merasakan sudah pasti gaya percakapan raja katak itu berubah. Saya jangkakan Berahim akan bercakap pasal Islam. Oh, rupanya tidak. Beliau masih dengan `Melayu'nya, maklumlah Presiden Perkasa.
Beliau mengajar `sejarah' darihal ketuanan Melayu hari ini sepertimana dipetik dari Malaysiakini. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah, katanya. Di akhirnya, beliau menyebut kaum pendatang yang bukan Melayu datang ke Tanah Melayu `tidak dialu-alukan'. Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana saya sudah lama tahu Berahim Ali kuat temberang.
Pasal sejarah, saya setuju dengan Berahim Ali bahawa kita patut tahu sejarah dan belajar dari sejarah. Saya telah lama tahu sejarah Berahim Ali. Sejarah terbaru yang saya ingat tentangnya adalah beliau menjadi MP Pasir Mas adalah di atas tiket PAS. Sehingga kini beliau berada di kerusi berkenaan walaupun PAS sudah tidak `redha' beliau berada di situ. Sejarah Berahim `menggigit' tangan PAS yang `memberinya' makan diketahui oleh semua rakyat Kelantan.
Oleh yang demikian, jika Berahim Ali orang yang selalu belajar dari sejarah, tunggu apa lagi? Bukankah sejarah di Pasir Mas sudah cukup untuk membuatkan Berahim Ali malu menenggek di situ?/mandor.blogspot.com

Brahim katak@stopa pembela melayu? puiii! bila masa Brahim katak bela melayu? bila semua org tak mahu lagi lihat katak, mengelikan! Brahim katak pun mencipta isu seolah-olah beliau pembela melayu, digunakan nama melayu supaya UMNO melihat kepadanya.
BalasPadamporaaaah! katak ini sebenarnya kaki auta, pembelit yang patang melihat kesempatan, sekarang katak ini diguna dr. madey al-Kutty untuk menekan kerajaan Najib.