RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 Disember 2010

SIAPA KATA TUAN GURU NIK AZIZ TENAT ?

Nik Aziz cuma sakit pinggang bukannya tenat

KOTA BAHARU - Khabar angin kononnya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini tenat di hospital adalah tidak benar dan beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang, kata anak keduanya, Nik Omar.

"Ayahanda saya sihat, Alhamdulillah...kesan balik Mekah menunaikan haji ayahanda mengadu sakit di bahagian pinggang sahaja.

"Alhamdulillah (beliau) boleh ke masjid dan sembahyang berjemaah (tetapi) dalam keadaan duduk," katanya kepada pemberita di rumah Menteri Besar itu di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak menemui pemberita kerana sedang diurut. Pada pukul 12 tengah hari, beliau dibawa ke Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mursyidul Am PAS itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya itu./Sinar

1 ulasan:

  1. keh keh keh...taktik2..

    nanti SPRM nak datang tangkap, buat2 sakit lame dtg balik..biar org ingat balik yg dia skrg ni masih ade penyakit lame..bila sprm betul2 nak tangkap nanti takde la plak org terkejut beruk tetiba tenat masuk spital balik..

    kah kah kah

    BalasPadam