RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 8 Disember 2010

TIDAK SEMUA RAJA-RAJA MELAYU AKAN TERPEDAYA DENGAN UMNO

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

APABILA media serta pemimpin Umno cuba memainkan isu ketuanan Melayu, maka mereka mengharapkan agar semua Raja-Raja Melayu akan menuding jari kepada PR terutamanya PKR. Harapan Raja-Raja Melayu merasa murka kepada PR, harapan mereka rakyat terutamanya orang-orang Melayu pun turut marah kepada PR dan pastinya akan menolak PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Itu matlamat Umno sebenarnya. Kita percaya bahawa tidak semua Raja-Raja Melayu akan terus menerima segala yang keluar di media dan dari mulut pemimpin Umno. Bukan semua Raja-Raja Melayu telah lupa siapakah yang mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu suatu ketika. Saya tertarik dengan titah Sultan Kelantan yang tidak terperangkap dengan media haprak itu. Tuanku bertitah bahawa perpaduan berasaskan akidah itu lebih penting dari berbicara dengan perpaduan untuk satu kaum sahaja.

Titah Sultan Kelantan itu amat releven dengan apa yang dikatakan oleh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bahawa ketuanan Islam itu lebih bermakna dan menguntungkan daripada menyebut ketuanan Melayu semata-mata. Amat bertuah rakyat Kelantan memiliki Raja yang berprinsip Islam serta MB yang memerintah dengan meletakkan Islam berada di atas pemerintahannya.

Kita berharap agar semua Raja-Raja bijak menilai situasi politik sekarang. Kita tidak mahu institusi Raja-Raja terus dipermainkan oleh mereka yang rakus ini. Mereka hanya ingin bergantung kepada Raja-Raja Melayu tatkala mereka tersepit. Apabila mereka kembali merasa kuat dan gagah, maka terjadilah seperti peristiwa di depan Istana Terengganu di mana kain rentang memaki hamun Sultan Terengganu demi untuk merebut kerusi MB sahaja./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. perlantikan ts musa hasan sbg salah sorang penasihat raja kelantan mcmana pula?

    BalasPadam
  2. kalu betoi alhamdulillah ts musa hasan dilantik...
    sekurang-kurangnya perangai gengster waktu dlm kerja dulu boleh diperbaiki sebelum mampus

    BalasPadam
  3. Jangan susah hati pasal perlantikan Musa Hassan tu. ALLAH maha mengetahui dan berkuasa keatas segala gala nya. Ada sebab kenapa ia berlaku dan sekira nya ALLAH masih sayang kepada Musa hasan tu maka dia perlu brsyukur dan menginsafi apa yang telah di lakukan nya. sebalik nya setiap yang berlaku pasti ada sebab nya dan hanya ALLAH yang maha mengetahui. Kita berserah dan terus berdo'a.

    BalasPadam
  4. dah nampak sgt umno cuba kuasai mpnk n mprk. dlm mpn ada musa n apandi ali n dlm mpr ada sukri loyer. bik mama pun selalu benar ke kelate jumpa tg.anis sjk tuanku sultan mohd V bg darjah kbsran kpd musa n bik mama baru2 ni.

    BalasPadam