RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 23 November 2010

AZMIN `ORANG MAHATHIR' DI DALAM PKR ? PULAK DAH !!

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca satu artikel teman BatuApi@FireStone, saya merasa jauh ketinggalan di dalam mengenali peribadi dan jalan politik YB Azmin Ali. Di dalam artikel berkenaan Penulis merujuk kepada beberapa tulisan dari Marhaen Tua yang menarik minat saya untuk lebih kenal YB Azmin.

Kenapa saya berminat membaca pengisahan walaupun secara ringkas oleh Penulis? Ini adalah kerana saya peminat YB Azmin dan menyokong beliau untuk ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PKR. Alhamdulillah, dikhabarkan bahawa YB Azmin telah pun berjaya secara tidak rasmi menjadi Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan parti yang baru saja selesai. Saya berharap kemenangan beliau tidak melalui jalan yang tidak lurus dan tidak amanah. Jika terbukti beliau menang hasil dari penipuan, saya adalah orang yang paling kecewa.

Saya tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Penulis bahawa cetusan `reformasi' sebenarnya dimulakan oleh PAS. Ini bermakna mereka yang mendakwa pejuang reformasi di dalam PKR sekarang harus berterima kasih kepada PAS. Itu pendapat Penulis dan saya menganggap pendapatnya itu adalah `khilaf', iaitu tidak perlu diperdebatkan asalkan matlamatnya satu iaitu `mereformasi'kan negara ini.

Cuma, saya seperti juga Penulis tentu tidak bersetuju dengan pandangan Marhaen Tua yang menyatakan bahawa Azmin adalah `orang Mahathir' di dalam PKR. Memetik kata-kata Marhaen Tua seperti yang disiarkan di dalam blog rakan saya itu;
" Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah. "

"Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR." - Marhain Tua


Saya tidak fikir ianya satu yang benar, walaupun tidak mustahil tetapi tidak lojik. Jika Azmin ingin jatuhkan Anwar semasa kedua-duanya masih berada di dalam Umno mungkin ianya boleh diterima akal. Ketika itu mungkin Mahathir bimbang akan pengaruh Anwar dan menggunakan Azmin untuk menjatuhkan beliau. Andaian itu boleh jadi betul.

Tetapi sekarang, kedua-duanya telah berada di luar Umno. Adakah Azmin masih di bawah pengaruh Mahathir lagi? Dan, jika benar sekali pun apa bijaknya Azmin untuk menuruti kemahuan Mahathir sekarang ini tatkala Mahathir pun sudah tidak berkuasa lagi di dalam kerajaan dan parti? Seandainya Azmin dikatakan `orang Najib' di dalam PKR, mungkin akal kita boleh menerimanya. Di dalam setiap ceramah Azmin yang saya ikuti, Azmin begitu kritikal terhadap Mahathir sejak beliau menjadi PM lagi sehingga kini. Azmin berjaya menanamkan kebencian rakyat terhadap Mahathir akibat perbuatan zalim bekas PM itu terhadap bekas Timbalannya sendiri.

Dalil yang mengaitkan Presiden PKR, DS WAn Azizah dan anak sulungnya YB Nurul Izzah yang tidak secara terbuka menyokong Azmin membuktikan kata-kata Marhaen Tua itu betul, adalah satu dalil yang `dhaif'. Cuba sebutkan siapakah calon Timbalan Presiden PKR yang secara terbuka disokong oleh DS Wan Azizah dan Nurul Izzah? Mungkin benar, DS Wan Azizah atau Nurul Izzah sudah ada calon yang mereka sukai kerana mustahil mereka tiada pilihan yang terbaik pada pandangan mereka. Tetapi, adakah mereka menyebut nama-nama calon yang mereka sukai itu secra terbuka atau menolak Azmin secara terbuka?

Sekali pun mereka berdua tidak menyukai Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, ini bukan bermakna mereka `mengiktiraf' atau mengakui bahawa Azmin adalah `orang Mahathir' di dalam PKR yang bakal menjatuhkan DS Anwar.

Azmin, tidak dapat dinafikan mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti manusia yang lain tetapi siapa boleh nafikan pengorbanan Azmin di dalam membela DS Anwar dan juga partinya sekarang? Jika benar Azmin adalaJustify Fullh `orang Mahathir' di dalam PKR, peluang yang terbaik untuk Azmin hancurkan Anwar adalah sewaktu beliau merengkok di dalam penjara di bawah ISA dahulu. Ketika isteri Azmin turut dilibatkan dengan DS Anwar, saat itu adalah masa terbaik untuk Azmin bekerjasama dengan Mahathir. Mengapa Azmin menentang fitnah ke atas isteri dan anaknya sehinggakan Azmin sanggup melakukan ujian DNA bagi membuktikan segala tuduhan ke atas isteri dan anaknya itu adalah satu fitnah jahat.

Oleh yang demikian, sukar bagi akal yang waras mempercayai cerita sebegini. Mungkin ada yang berkata saya menyokong Azmin, maka sudah tentu saya tidak mempercayainya. Itu terpulang kepada masing-masing yang ada otak untuk berfikir. Di sebalik saya menyokong Azmin, saya juga percaya ada yang tidak kena dengan perjalanan pemilihan parti. Namun, saya masih yakin bahawa parti tidak akan menobatkan sesiapa sahaja sebagai pemimpin yang naik atas dasar penipuan. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Lepaih ni akan ada lagi bermacam-macam tuduhan!!

    Apabila parti dah nak hancoq, beginilah jadinya!!!!

    Ahli-ahli mula takut kepada bayang-bayang.....

    BalasPadam
  2. Saya sokong pendapat tuan tersebut. Wan Azizah dan Nurul Izzah adalah dua orang individu yang amat berhati-hati dan tidak mahu lagi melihat pisang berbuah dua kali apabila (suami dan ayah) mereka kecundang dan tersungkur dek perbuatan segelintir manusia pengkhianat. Di samping kesibukan berpolitik, Anwar tidak berkesempatan bagi mengenali atau memilih pembantu dari kalangan individu yang benar-benar setia terhadap beliau, maka Wan Azizah dan Nurul Izzah lah orang yang paling hampir dengannya yang sepatutnya sebagai penasihat dan saringan supaya krisis pengkhianatan oleh individu tertentu tidak berulang kembali. Maka tak salah mereka ini berhati-hati kan? Bagi pendapat Marhaen Tua tu, boleh juga dianggap seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah juga. Beliau adalah "orang lama reform" yang amat setia dan sukar dipertikaikan kesetiaan beliau terhadap Anwar sejak dari dahulu lagi. Tapi jika kerap sangat Anwar dikhianati, menyebabkan penyokong setianya beranggapan bahawa Anwar ini tidak pandai memilih antara intan dan kaca. Tatapi dalam politik, tidak ada yang mustahil, hari ini saudara tetapi esok adalah musuh, begitulah sebaliknya. Tetapi sebagai seorang mukmin, mereka tidak sepatutnya dipatuk ular di dalam lubang yang sama.

    BalasPadam
  3. azmin ali??? langsung aku tak percaya...full of conflict of interest!!!

    BalasPadam