RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 November 2010

BERITA BAIK DAN MELEGAKAN

Zaid Akan Umum Parti Baru 16 Disember

Oleh MSO

WALAUPUN Zaid Ibrahim berhasat untuk keluar dari PKR pada 16 Disember depan tetapi parti itu telah menganggap Zaid tidak lagi menjadi ahli PKR. Menurut Setiausaha Agung, Saifuddin nASUTION Ismail, Zaid kini bukan lagi ahli PKR, dan Zaid tidak lagi mempunyai apa-apa halangan lagi untuk melakukan apa saja termasuk mengumumkan parti barunya.

Apakah Zaid akan tetap menunggu 16 Disember mengambil angka keramat yang menjadi kesukaan Anwar Ibrahim sebelum ini? Sebelum ini Anwar menjadi 16 September sebagai sasaran mengambil alih kerajaan Malaysia.

Ketika bertembung dengannya di majlis kenduri kahwin anak Aspan Alias di Kampung Tengah Seri Menanti dua malam lalu, Zaid ada membisikkan kepada saya yang beliau akan mengumumkan hal peting pada tarikh itu.

Apabila ditanya apakah ianya mengenai penubuhan parti baru, Zaid tidak menjawab sebaliknya tersenyum sambil berkata, ada lah sikit-sikit. Saya mentafsirkan sennyuman itu yang beliau akan mengumumkan parti baru pada tarikh itu.

Bila ditanya apakah nama parti baru itu Zaid tidak menjelaskan sebaliknya memberi gambaran dengan berkata, adalah. "Nanti I call you.." katanya.

Saya tidak fikir Zaid akan mendaftar parti baru. Apa yang mungkin terjadia dia akan mengambil mana-mana parti politik yang tidak aktif untuk dijadikan wadah barunya. Tidak boleh diagak apakah parti itu yang didaftar di Semanjung ataupun yang berdaftar di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga sesiapa yang akan bersama Zaid beliau tidak menjelaskan, tetapi diprcayai melibatkan satu atau dua orang wakil rakyat dari PKR dan juga beberapa bekas pemimpin PKR./MSO

1 ulasan:

  1. Buat sahaja Party yehyeh yamseng. Bukan tak biasa.

    BalasPadam