Harakah tidak perlu mohon maaf
SHAH ALAM, 24 Nov – Pengarang lidah rasmi PAS Harakah, Taufek Yahya memberitahu pihaknya yakin tidak ada kepentingan bagi akhbar Harakah memohon maaf kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad kerana memutarbelitkan fakta seperti yang diminta oleh ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan.
Laporan yang disiarkan Harakah bertarikh 15 November lalu adalah benar dan bersandarkan fakta, ujar beliau. “Kalau dilaporkan itu benar, apa kepentingan Harakah untuk minta maaf.” “Pada saya apa yang diucapkan, itulah yang dilaporkan. Lagipun program itu dihadiri ratusan orang. Dan setakat ini tidak ada pula kita mendapat bantahan daripada peserta seminar itu sendiri atau lain-lain ahli panel mengatakan laporan itu tidak tepat,” ujar Taufek.
Bernama hari ini melaporkan, Farid meminta akhbar berpengaruh pembangkang itu untuk meminta maaf berhubung laporan berjudul “Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian” dalam forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas. Seraya beliau memberikan tempoh 14 hari kepada Harakah berbuat demikian, sebelum tindakan perundangan diambil.
Bagaimanapun, menurut Taufek, tindakan Farid itu mungkin ada kaitannya dengan tekanan yang diterimanya dari kepimpinan Umno negeri berikutan tindakan mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa di negeri itu. “ADUN Pulau Betong itu juga rasanya membuat komen mungkin setelah mendapat teguran atau tekanan daripada pemimpin pemimpin Umno negeri. “Kalau itu merupakan satu pengakuan, apa yang hendak dipertikaikan sendiri oleh ADUN Pulau Betong itu,” soal Taufek yang hairan dengan tindakan Farid itu.
Tambah Taufek lagi, apa relevannya Farid mengambil masa yang lama untuk ‘mengesan’ laporan Harakah yang dikatakan memutar belit kenyataannya. “Kalau berita itu tidak benar, mengapa beliau mengambil masa yang lama bagi ADUN Pulau Betong itu untuk mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dilaporkan oleh Harakah. “Buat masa ini kita masih bertegas mengatakan bahawa apa yang dilaporkan itu benar,” ujarnya lagi.
Taufek turut mengingatkan Farid bahawa laporan yang disiarkan oleh Harakah berdasarkan kepada apa yang diperkatakan oleh Farid dalam forum yang dihadiri ratusan orang dan bukannya dipetik dari mana-mana. “Kalau laporan itu tidak tepat dan terbukti laporan itu tidak tepat, mereka boleh menafikan dan kita boleh menyiarkan penafian itu. Tetapi kalau apa yang dilaporkan itu benar, mereka harus menerimanya lah,” tambah Taufek lagi.
Harakah dalam keluaran 15 November itu turut melaporkan Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang./TVNews

Tak payah layanlah buang masa jer! Kalau dah cakap berbelit-belit apa ke jadahnya...PLEASE SAY SORRY TO HIM.
BalasPadam