RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 27 November 2010

JAWATAN KETUA UMUM - PENGIKTIRAFAN PERLULAH BERSYARAT

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Wanita PKR, YB Zuraida Kamarudin membuat usul agar jawatan Ketua Umum diiktiraf oleh parti khusus buat DS Anwar sebagai menghargai segala pengorbanan dan jasa-jasa beliau terhadap parti. Beliau mengingatkan ahli bahawa kerana DS Anwar, maka parti ini diwujudkan seterusnya menjadi agenda yang lebih luas dan penting buat rakyat setelah mantan TPM ini dibebaskan dari penjara. Baca di sini.

Secara peribadi saya tidak merasakan pentingnya jawatan itu untuk diberikan khusus buat DS Anwar, bahkan jawatan itu hanya perlu dikekalkan sehingga segala masalah yang dihadapi oleh DS Anwar selesai. Pada saya, DS Anwar wajib ditabalkan sebagai Presiden PKR suatu ketika nanti dan tentunya jawatan itu boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja. Jawatan Ketua Umum yang ada sekarang hanyalah satu jawatan sementara sebagai strategi atau maslahah parti supaya parti tidak terganggu atau terjejas dengan fitnah yang dihadapi oleh DS Anwar sekarang ini.

Baiknya jawatan itu wujud sekarang adalah sebagai penghubung rapat di antara tokoh reformasi ini dengan Presiden Parti. Ia juga bijak untuk menangani sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terhadap parti mahu pun ke atas diri DS Anwar sendiri. Ketua Umum dilihat amat penting berfungsi sebagai pengimbang tara di antara Presiden dengan pemimpin kanan di dalam parti.

Sekiranya tiada lagi bebanan dan masalah yang dihadapi oleh DS Anwar berkaitan kes beliau sekarang, maka sudah sampai masanya beliau diangkat sebagai Presiden PKR. Saya cukup yakin, DS Wan Azizah sanggup memberi laluan kepada DS Anwar berada di kerusi Presiden Parti. Samada ketika itu jawatan tersebut bakal dicabar atau tidak, ia menunjukkan tahap mana setiap ahli parti menerima DS Anwar sebagai Presiden PKR.

Sehubungan itu, biarlah jawatan Ketua Umum yang ada sekarang dikekalkan seperti sedia ada. Kita mesti sedar, kedudukan yang ada pada DS Anwar sekarang ini lah yang menyebabkan pihak musuh merasa sukar untuk memporak-porandakan parti. Sekiranya majoriti ahli mahu juga jawatan Ketua Umum ini diiktiraf di dalam organisasi parti, maka pengiktirafan tersebut mestilah bersyarat iaitu sehingga tempoh tertentu. Kemudiannya, jawatan tersebut hendaklah dimansuhkan dan mengangkat DS Anwar sebagai Presiden PKR./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan