RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 22 November 2010

JIKA KITA BUKAN SAMPAH DALAM PARTI, BUAT APA NAK EMOSI SANGAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel ini, harus diakui di dalam PKR sememangnya ada sampah. Sampah inilah yang kita semua patut campakkan. Sebelum itu, kita kena kenalpasti siapakah dia sampah-sampah itu? Bukan main hentam tuduh orang ini dan orang itu sampah, silap-silap kita termasuk dalam golongan sampah tersebut.

Jujurnya kita akui terlalu ramai di antara kita yang terdiri dari reformis yang bersusah-payah berjuang untuk parti ini. Tetapi tidak semua reformis ini berjuang dengan ikhlas, ada yang mahu habuan dan pembalasan. Malahan, ada yang bercerita semula segala jasa baiknya terhadap DS Anwar dan keluarga. Semuanya memberi alasan berjuang untuk parti dan ingin melihat parti ini menjadi kuat.

Ezam juga bersusah payah dahulu, begitu juga dengan Roslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam, Hamdan Taha dan ramai lagi. Akhirnya ke mana mereka? Syabas, buat mereka yang dahulu susah tetapi masih setia dengan parti. Andaian jika Azmin menang, parti menjadi teruk adalah andaian dari persepsi yang salah. Parti menjadi teruk atau musnah jika yang menang itu mendapat kemenangan melalui jalan yang salah. Tidak kiralah samada Azmin atau siapa sahaja.

Mengapa diungkit penyatuan PRM ke dalam PKR? Apa silap dan salahnya Dr Syed Husin? Oleh kerana DR Syed Husin memberi menyebut agar parti membuang segala sampah yang ada di dalam PKR maka Dr Syed Husin patut dicaci? Jika kita merasakan kita bukan sampah, apa salahnya beliau berkata demikian? Jangan cepat terasa sangat. Berfikirlah dengan waras.
Jangan asyik berbangga dengan susahnya kita dahulu berjuang sehingga menganggap mereka yang baru masuk parti seolah-olah bukan pejuang. Itu ego namanya.

Kritiklah parti, tiada masalah. Mengapa dikaitkan dengan orang itu dan orang ini? Jangan bermain emosi semata-mata tidak suka kepada seseorang pemimpin. Perjuangan yang ikhlas, InsyaAllah akan diberkati dan disukai orang. Jangan kita suka berbuat baik, tapi mahu dipuji dan dipuja orang. Ibarat kita mohon derma, bila orang tidak mahu menderma kita maki hamun orang itu. Ikhlaskah?/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kepada penulis..........

    Anda sendiri yang tidak mengenali yang mana satu sampah!!!!!!!

    Kesian..... Nasib badan!!!!!!

    BalasPadam
  2. sampaaaah! apa itu sampah? sampah adalah barang buangan yang dianggap tidak berguna dan mendatangkan masalah.
    Namun kadang-kadang barang buangan boleh dikitar semula, berubah jadi barang berguna, barang buangan ini tidak lagi dipanggil sampah. Ada juga barang buangan yang dikitar semula tapi masih lagi menjadi barang buangan, makhluk ini dipanggil sampah.
    Mengikut S. Husin Ali dalam PKR ada sampah atau barang buangan yang dibuang, setelah menjadi sampah makhluk ini dipungut supaya boleh dikitar semula, namun semasa dalam proses kitaran makhluk ini tetap menjadi sampah, kemudian sampah ini pula mengotorkan kilang kitaran yang mengitarnya, sampah ini lebih terbuang daripada tahi, kerana tahi apabila dikitar semula akan jadi baja.

    BalasPadam
  3. mereka yg cuba berdolak-dalih tentang penipuan yg dilakukan olih azmin ali dan koncu2nye boleh merosakkan parti. Ingat! ini bukan parti anwar, azmin atau saifuddin...ini parti RAKYAT!!!
    ingat, rakyat memerhati dari jauh betapa buruknya sikap2 org2 atas didlm PKR. Even anwar sendiri campurtangan secara terang dlm memilih calon pilihannye...bapak apa mcm nie...
    Ini bukan soal emosi atau tidak, ini soal KETELUSAN dan KEADILAN!!!

    BalasPadam
  4. supaya pkr dapat diperkuatkan sampah sampah termasuk jamil dan dua mangkok tanpa nama diatas perlu diterajang keluar.
    samada dia bernama ahmad,ah chong atau maniam,jika memang dah nak lingkup parti elok disepak keluar saja.
    tv dan akhbar umno pun selalu tunjuk,sudah beratus ribu yang keluar dari pkr,pas atau dap,tapi tak ada kesan langsong daripadanya.
    hanya bahlol,bodoh dan bengong saja yang tidak dapat menidakkan kebolihan Syed Husin dan itiqamah perjuangannya.
    hoi maluan dua ekor diatas ni.BERAPA YANG ZAID bayar pada hampa

    BalasPadam