Ini komen ringkas Badrul kepada Agendadaily…
“Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.
“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga displin parti,” kata beliau sebelum letak telefon.
Bagi yang mengenai Badrul, itu bukan ‘perangai’ biasa kerana selalunya beliau mudah mesra dengan media. Mungkin ini kerana berbagai-bagai tekanan yang diterimanya sepanjang pemilihan itu. Badrul yang bertanding satu lawan satu dengan penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin, khabarnya hanya kalah 500 undi sahaja. Keputusan rasmi akan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR Ahad depan.
Menurut sumber kepada Agendadaily, Ketua Cabang Rembau itu menang di beberapa negeri dengan majoriti tipis. “Bagaimanapun semua kemenangan Badrul, dikambus dengan majoriti tinggi untuk Shamsul di beberapa cabang termasuk Batu Sapi,” yang dakwa sumber itu diperolehi hasil penipuan undi. Ada khabar angin kononnya Badrul sudah fedup tahap maksimum dengan penyelewengan pemilihan PKR kali ini. “Jangan terkejut kalau dia tidak aktif lagi selepas ini. Mungkin dia akan tumpu pada NGO yang dipegangnya Suara Anak Muda Malaysia (SAMM),” kata sumber tersebut.
Sementara itu, calon timbalan presiden PKR yang dah menang tapi belum disahkan, Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" yang didakwanya mencemarkan imej parti di mata awam. Azmin dipetik berkata, ‘pembersihan’ itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini./edyesdotcom

Kebetulan baru2 ini saya terjenguk Astro Awani dan mendapati kedua2 penyandang dan pencabar Ketua Pemuda Keadilan sedang berhujah. Dalam program tersebut saya mendapati Cikgu Bad ini hebat juga orangnya. Hujah2nya menampakan tahap pengetahuan dan kematangannya. Walau pun saya bukan ahli PKR, saya rasa beliau patut diberi peluang menerajui AMK.
BalasPadamTentang Azmin pula, saya tidak nampak beliau cukup karisma untuk mempertahankan PKR sekiranya Anwar tiada. Anehnya saya nampak terdapat beberapa persamaannya dengan KJ. Masing2 bijak, petah, berpenampilan kemas, dominan dan licik, tetapi kebersihan hati agak meragukan.
Apa juga komen di atas, saya harap telahan saya tidak betul.