RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 23 November 2010

TANGGUH DULU PENGUMUMAN PEMENANG JAWATAN DI DALAM PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN pemimpin di dalam PKR telah pun berakhir. Sepatutnya berakhirnya pemilihan kepimpinan di dalam parti yang julung kali mempraktikkan amalan demokrasi terbaik secara teorinya setakat ini haruslah melegakan kita semua.

Namun mengapa ianya tidak berlaku? Secara amalannya, mungkin pemilihan kali ini dipandang Justify Fullsinis oleh sebahagian ahli-ahli parti sendiri. Bukan sedikit rungutan atau protes yang dapat kita lihat pada mata kasar, dan tidak kurang juga banyak aduan serta bukti yang telah dikemukakan. Kesemuanya itu memerlukan perhatian serius dari pimpinan parti.

Pedulikan mereka yang mendedahkan segala kelemahan parti kepada pihak media yang dikuasai oleh Umno. Kita perlu sedar, bukan semua mengadu kepada media haprak tersebut. Ada lagi ahli yang setia dengan parti yang tidak mahu bersubahat dengan media tersebut. Tetapi, adakah saluran dalaman yang mereka telah gunakan berkesan setakat ini?

Kita tidak mendakwa kesemua yang mereka laporkan berkaitan kepincangan yang berlaku sepanjang pemilihan ini betul kesemuanya. Tetapi, mampukah kita menolak kesemua dakwaan tersebut tanpa dilakukan siasatan dengan adil? Inilah yang dipersoalkan sekarang.

Saya berharap agar parti tidak mengumumkan sebarang keputusan di dalam pemilihan yang baru diadakan itu melainkan setelah parti menyiasat dan mengumumkan hasil siasatan ke atas semua laporan dan dakwaan oleh beberapa pihak. Cara paling baik dan berkesan adalah pimpinan parti hendaklah memanggil kesemua calon yang bertanding terutamanya di peringkat MPP termasuk AMK dan Wanita untuk diberi taklimat terperinci bagaimana siasatan dilakukan dan hasil siasatan yang telah dijalankan.

Setelah dapat dikenalpasti beberapa kepincangan samada di peringkat Cabang mahu pun peringkat Pusat, maka pemilihan perlu diadakan semula di peringkat mana yang didapati berlakunya kepincangan tersebut. Mungkin ini adalah salah satu jalan keluar untuk menjernihkan keadaan./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Siasatan????

    Jangan harap la!!!!!

    Bila orang sudah gila kuasa, jangan harap dia nak gunakan cara yang betul!!!!

    Kehancuran telah semakin hampir!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Kalau camtu kau keluar je la dari PKR....nk tunggu apa lagi? Kalau dh tak percaya semua...jadi cam Zaid tu...dia je betul..

    BalasPadam
  3. Yaaaaaaaa!!!!!!

    Keluar!! keluar!! keluar!!!

    Kehancuran telah semakin hampir!!!!!!

    Amatlah bodo kalau dok tunggu lagi!! Betul tak anon 08:33??

    BalasPadam