TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Rabu, 24 November 2010

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai

Salhan K Ahmad
Nov 23, 10

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.

NONECif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.

Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.

Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.

NONEMazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.

Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.

Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.

Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.

"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.

NONETambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.

Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.

Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Hei polis....kalau semua silap dengan kerja kau sebagai polis...maka nyawa rakyat malaysia akan lebih terancam!!!!Banyak silap ini bukan apa...saja nak selamatkan polis penjenayah yang lain. Aku nasihatkan kau supaya cari kerja lainlah...bersawah ke...bela itik ke...jadi kalau silap bela...yang mampus itik kau...yang rugi kau...tak libatkan orang ramai. Kesimpulannya..kau tak layak jadi polis...merbahayakan orang awam.

    BalasPadam
  2. KAT BAJU TERTULIS CSI TAPI BUEK KOJO MACAM sial,,,,,,,,,,,,,,, LEBIH BAIK LU LETAK JAWATAN!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini