RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 23 November 2010

SEKAT ANWAR KE LUAR NEGARA SATU KERJA BODOH

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah di dalam Parlimen beberapa orang pengampu Najib meminta Kerajaan membuat undang-undang agar melarang DS Anwar ke luar negara. Kununnya, perbuatan DS Anwar memburuk-burukkan negara di luar sana akan menjejaskan kehadiran para pelabur ke negara ini. Lucu sekali. Semata-mata DS Anwar seorang maka perlu wujud undang-undang? Memang hebat DS Anwar.

Bukankah Najib sebelum ini berkata tiada negara yang sudi mendengar apa jua yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang itu? Dan, beberapa Menteri pengampu Najib pun berkata bahawa cakap DS Anwar sudah tidak laku di luar negara. Jika begitu, mengapa percaya pula bahawa para pelabur tidak akan datang ke Malaysia kerana DS Anwar dibenarkan bebas bercakap di luar negara? Ini bermakna, apa jua yang diperkatakan oleh DS Anwar berkaitan salah laku, penyelewengan dan rasuah yang berlaku di negara ini diterima oleh mereka di luar sana. Sebab itulah, pemimpin-pemimpin Umno amat takut tembelang parti mereka pecah dan membusuk di luar negara.

Lebih mereka takut apabila kebanyakan pelajar kita di luar negara sudah mula menghormati Ketua Pembangkang ini. Di era IT ini, mereka kadangkala lebih tahu dari rakyat yang berada di dalam negara kita darihal rasuah termasuk beberapa skandal yang cuba disorokkan oleh pemimpin negara. Tidak hairan lagi, mereka lebih arif tentang kisah Altantuya jika dibandingkan dengan rakyat di negara ini terutamanya yang berkitabkan Utusan Malaysia dan berkiblatkan TV 3.

Justeru itu, usahlah Kerajaan bercita-cita untuk melakukan kerja bodoh dengan membuat undang-undang menyekat DS Anwar ke luar negara. Lebih baik buat undang-undang menyekat pemimpin atau Ketua Menteri yang mengumpul harta berbilion ringgit di luar negara kalau pun tidak mahu membuat undang-undang agar menyekat isteri PM atau isteri Menteri-Menteri dari berbelanja di luar negara./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Biaq pi lah Anuwar nak buat apa pun!!!

    Dia sedang menunggu hari-hari kejatuhannya!!!

    Tunggulah! Dah tak lama lagi!!!!!

    BalasPadam
  2. nasib gerombolang MP UMNO, dahlah pondan penakut pula, Anwar buat kenyataan dikeluar negara mengenai demokrasi di Malaysia mengikut kaca mata beliau pun kalut dan manyalak. Apa yg disusahkan?, apa yg nak dipelikkan?, apa yang nak ditakutkan?, apa yg nak dikalutkan?.
    Takut pelabur terpengaruh, tak datang melabur di Malaysia?. Kau orang ingat pelabur dari luar negara ni bodoh punya orang?, Anwar cakap pun mereka percaya?, mereka ni dah tahu bagaimana kerajaan UMNO mengkhianati demokrasi dan menyalahgunakan kehakiman dan agensi kerajaan untuk kepentingan UMNO.
    Kalau betul pelabur luar percayakan Anwar, tukarkan sahaja Najib dgn Anwar, bukan payah sangat! cuma manusia yg tiada anu sahaja yang tak berani. Satu lagi bukankah tanggungjawab Wakil rakyat yg dilantik untuk memastikan Malaysia makmur dan rakyat beperkerjaan.
    Saya pun hairan, kenapa kerajaan UMNO tak hantar wakil mereka keluar negara, dan beritahu para pelabur apa yang dicakapkan oleh Anwar adalah bohong dan penipuan, dan belanjanya pun tidak mahal, sebagaimana kerajaan UMNO ytelah bayar untuk APCO/YAHUDI.

    Kalau anu kita tiada batu, gantung sahaja buah pinang.

    BalasPadam