RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 23 November 2010

TAHNIAH PKR KERANA `MENGELUARKAN' ZAID LEBIH AWAL DARI 16 DIS

Zaid bukan lagi anggota PKR

Aidila Razak
Nov 22, 10

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

NONEKatanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Ya tahniah!!!!!!

    Buang semua!!!!!

    Biar tinggal Anuwar, Azmin , Khalid dan Saifuddin cukuplah....

    Penulis nak tumpang sekaki? Boleh juga!

    Jangan harap Mimpi 16 September akan tercapai........

    BalasPadam
  2. insyaalah,,, masa untuk PR ke putrajaya akan tiba ... biasalah bila jadi pembangkang ni sentiasa di tekan, yg buruk ditonjolkan dan yg baik disembunyikan. Allah maha mengetahui.

    cucu tok.....

    BalasPadam