Oleh Dzulkarnain Taib |
SHAH ALAM 20 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail yakin parti akan bertambah mantap dan kukuh selepas selesai proses Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang akan berakhir hujung minggu ini dan seterusanya akan menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada agenda memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Bercakap kepada lebih 2,000 penyokong dan anggota parti dari seluruh negeri Selangor di sini semalam pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman', Saifuddin berkata episod di mana bekas calon Timbalkan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti bukan melemahkan parti malah akan memberi suntikan semangat serta merapatkan saf perpaduan di kalangan anggota. "Selepas pemilihan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) nanti, insyaAllah Parti Keadilan Rakyt akan muncul sebagai parti yang terkuat di Malaysia. Sejak dua tiga bulan alu kita menjadi tumpuan media terutama media milik Umno-Barisan Nasional disebabkan pemilihan ini. Mereka kecam dan serang kita hari-hari dan kata parti kitakan berpecah kerana pemilihan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan RTM, TV3 dan akhbar milik Umno saya berterima kasih kepada mereka kerana telah membantu mempopularkan lagi KEADILAN di kalangan rakyat Malaysia. "Sejak kita ditubuhkan pada 1999 mana pernah akhbar Umno seperti Utusan Malaysia memuji kita. Jadi munasabah ke individu seperti Zaid pergi bercakap kepada media yang sudah terbukti sangat membenci perjuangan yang diangkat oleh kita. Mana ada anggota yang waras pemikirannya sanggup dan tergamak menggunakan saluran sedemikian untuk menghentam partinya sendiri. Orang macam ini memang kurang ajar," tegas Saifuddin sambil disahut dengan teriakan. 'Keluar, Keluar' yang ditujukan kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pemimpin boleh datang dan pergi dalam mana-mana parti tetapi tiada maaf kepada perbuatan mengkhianati parti. "Mahu ke kita pemimpin seperti Zaid terus kekal dalam parti kita, mahukah kita benarkan orang seperti Zaid mengkhianati parti yang dibina atas kesengsaraan dan perjuangan rakyat," tanya beliau disambut dengan sedakan gemuruh dari hadirin yang menjawab, 'tidak. tidak, keluar, keluar'. Saifuddin berkata tujuan Zaid mahu keluar secara rasmi daripada KEADILAN pada 16 Disember depan ialah kerana beliau mahu membuat penjelajahan atau 'roadshow' ke seluruh tanah air untuk mencaci serta menghentam parti. "Apabila Anwar keluar penjara pada 2004, beliau menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjelaskan kepada rakyat agenda perjuangan kita. Hasilnya pada PRU 2008 kita dapat 1.5 juta undi dan menang undi popular di Semenanjung. "Kita akan terus jaga parti ini daripada musuh yang ingin menghancurkannnya. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada mehnah dan tribulasi dalam liku-liku perjuanbgan yang panjang dan percayalah kita akan muncul lebih hebat dan kuat selepas ini," ujar beliau. Saifuddin juga mengambil kesempatan pada perhimpunan itu untuk menjelaskan beberapa isu mengenai proses pemilihan parti yang dibangkitkan oleh anggota dalam aduan mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). "Kita tidak pernah ada pengalaman sebagai sebuah parti mengurus pemilihan secara terus begini. Pemimpin yang ada pun termasuk saya yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Pemuda Umno atau Anwar atau Azmin kesemua kita tidak ada pengalaman itu. Kita mulakan proses ini dengan 'zero'. Kita buat juga dan kita muncul sebagai parti yang pertama di Malaysia dengan berani mempelopori pendekatan ini. Ada masalah memang ada, adakah kita tangani ya kita tangani, ada aduan memang ada dan kita selesaikan sebaik mungkin. "Kalau terbukti ada penipuan, penyelewengan kita akan batalkan mana-mana keputusan tidak kira apa pangkat dia dalam parti. Itu komitmen yang JPP berikan kepada anggota. Seramai 70,000 anggota keluar mengundi pada pusingan pertama, mana ada parti di Malaysia ini merekodkan jumlah seramai ini dalam pengundian parti? "Yakinlah kita kini bergerak atas landasan yang betul dan kita akan membina pada kekurangan yang ada. Rapatkan saf kembali dan insyaAllah kita akan tawan Putrajaya dalam masa terdekat," tegas Saifuddin./SK |
Ahad, 21 November 2010
JIKA BERLAKU PENYELEWENGAN, KITA BATALKAN - SAIFUDDIN NASATION
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan