RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 November 2010

LAPORAN TELAH DIMAJUKAN MELALUI SALURAN, PARTI MESTI BERTINDAK

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Blogger Sharpshooter, kerana membantu kita mengenalpasti secara fakta apa yang didakwa kepincangan pemilihan PKR yang baru berakhir ini. Laporan secara fakta begini amat memudahkan kita memikirkan samada perlu atau tidak siasatan dan tindakan susulan dibuat oleh kepimpinan PKR dan mereka yang bertanggungjawab. Anda dikehendaki membaca laporan tersebut jika ingin mengetahui apa yang dilaporkan.

Pimpinan PKR tiada pilihan lain, kecuali meneliti laporan berkenaan, menyiasat, mengambil tindakan dan memaklumkan kepada semua ahli parti apa yang sebenarnya berlaku. Saya simpati dengan calon Ketua AMK yang berkemungkinan besar tewas (difahamkan telah pun tewas) iaitu Chegu Bard kerana beliau terpaksa melalui semua ini bukan di dalam parti Umno, tetapi di dalam parti yang beliau sendiri istiqamah berjuang selama ini. Bukan masalah kalah atau menang, tetapi masalahnya mengapa tiada ketelusan.

Kita tahu, kita tiada upaya untuk memaksa pimpinan parti mengambil tindakan ke atas laporan yang dikemukakan. Selaku penyokong parti, sudah tentu kita mahu melihat parti ini bersih walaupun tidak sebersih `Malaikat' yang memimpinnya. Namun, sekurang-kurangnya tidak seperti Umno ataupun SPR yang sentiasa dilihat tidak bersih.

Saya percaya, Presiden Parti, Ketua Umum dan Setiausaha Agung tidak buta lagi. Mereka mahu segala aduan dan laporan dikemukakan mengikut saluran dan tidak melalui media haprak milik Umno. Nah, aduan telah dikemukakan mengikut saluran beserta fakta yang boleh disemak. Justeru itu, parti mestilah bertindak segera sebelum pihak lain memainkan isu ini untuk merosakkan imej parti.

Kongres PKR semakin hampir. Segala aduan yang dikemukakan seperti `dibeku'kan. Kita akui memang sulit untuk mengadakan pemilihan semula, tetapi perlu diingat kita lebih sulit untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang lain terhadap parti. Apalah salahnya parti bekerja kuat sedikit demi untuk memulihkan imej parti menjelang PRU Ke 13 yang bakal tiba ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. hehehe ... ko orang sudah kena kelentong anwar. takyah cakaplah!!!

    BalasPadam
  2. Aku pun nak tergelak juga!!!!

    PKR = Parti Kelentong Rakyat

    Kahkahkahkahkahkah!!

    Apa mau lagi......Nasib badanlah!!!!

    Tak kan tak sedar-sedar lagi?

    BalasPadam
  3. Yg ahli Umno tu pun bngang gak...dh kompom KJ ngan Ali Rustam rasuah wang masa pmilihan Umno...angkat jd Ketua Pemuda dan KM Melaka lagi...lg la bodoooo...ehehhh

    BalasPadam