TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sabtu, 27 November 2010

DUA WANITA INI BERJAYA TEWASKAN EZAM SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan di sini, ada `nasi tambah' sedikit. Ezam raja sesumpah semasa berucap di dalam satu program anjuran MCA Kelang menuduh bahawa DS Anwar adalah orang yang teramat bahaya untuk semua kaum di negara ini. Wah, berubah rentak `Senatak' (Senator Katak) Ezam nampaknya, maklumlah kali ini bercakap di hadapan kaum Cina.

Semua tuduhan Ezam sesumpah hanya layak dijawab oleh anak perempuan DS Anwar iaitu YB Nurul Izzah dan beliau telah pun menjawabnya secara lebih berfakta dari omongan kosong pencacai Umno itu. Sebelum ini, di merata pelusuk negara Ezam sesumpah melabelkan DS Anwar amat bahaya kepada kaum Melayu dan Islam kerana DS Anwar kununnya begitu menyanjung kaum Cina dan DAP. Itu `fesyen lidah biawak' adik beradik lidah sesumpah. Percakapannya berubah mengikut tempat seperti juga binatang sesumpah.

Tidak seperti DS Anwar, di mana sahaja beliau berucap beliau tetap konsisten dan berprinsip. "Melayu susah kita bela, Cina susah kita bantu dan India serta semua kaum kita bantu". Itulah ayat yang sering dibawa oleh DS Anwar hatta ke luar negara sekali pun. Jauh beza dengan Ezam sesumpah ini. Darihal perjuangan, mengapa beliau keluar dari Keadilan, isu rasuah, kezaliman, ISA dan bermacam isu lagi tidak pernah konsisten dari Ezam sesumpah, malahan banyak isu penting yang beliau perjuangkan dahulu sewaktu berada di dalam PKR, kini isu tersebut disorokkan di dalam `kotak-kotak'nya.

Di hadapan kaum Melayu beliau bercakap DS Anwar pengkhianat Melayu dan lebih membela kaum Cina dan India. Di hadapan kaum Cina, DS Anwar dilabelkan berbahaya kepada semua kaum. Ezam sesumpah juga pernah memuji PAS dan cuba menjadi `batu api' agar PAS lebih layak menjadi MB di Selangor. Apabila Umno berhadapan dengan PAS di dalam mana-mana PRK, Ezam sesumpah mengutuk PAS pula kerana dikatakan sentiasa melutut kepada DAP. Ini lah wajah orang yang akan `menjilat' apa sahaja asalkan dapat cari makan.

Yang pasti, ke mana sahaja Ezam sesumpah pergi, nama DS Anwar tidak lekang dari mulutnya. Tepat seperti dakwaan ramai orang, Ezam sesumpah kini `gila talak' dengan DS Anwar. `Kotak-kotak' yang dahulunya beliau canang mempunyai banyak kes rasuah pemimpin Umno untuk didedahkan, kini isu kotak dimatikan. Terpaksa dimatikan kerana Ezam sesumpah kini berada di dalam satu kapal dengan Najib dan `sedarah' pula dengan Rafidah Aziz yang kerana mendedahkan fail rasuah tokoh inilah Ezam sesumpah disumbatkan ke penjara. Kini, beliau `bersilaturrahim' dengan bekas Ketua Wanita Umno ini.

Tahniah, buat Rafidah seorang wanita yang berjaya menundukkan `kejantanan' Ezam sesumpah. Tahniah juga buat YB Nurul yang juga dapat menundukkan `jantan' ini. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. brader..tanah kat perak yg tergadai terang2 tu sapa punya keja?
    pkr punye proses undi byk gado smpai baling2 krusi tu plak pe cite?
    pmimpin pun xbertamadun..itu blom dpt pangkat lg..
    dah dpt pngkat nnt lg byk duit rakyat kene kebas..lg trok dr UMNO..
    mase pakatan menang kt perak,diorg submit name cina sial tu sbg nama pertama ntok jd MB..padahal dlm perlembagaan dh bgtahu awal2 bkn melayu xleh jd MB..lu PKR dan PAS mmg bangsat dan pengkhianat melayu..bagi org cina amek ksempatan kt org melayu.ko tgk kt slangor pe jadi??Melayu pgang portfolio bodoh2 je..yg jage duit sume cine teresa kok dgn ronnie liu..lu bangsat PKR yg bodo..pk la sket pe yg diorg dah buat..lu mmg bangsat la brader..

    BalasPadam
  2. Aku sokong Ezam...Beliau dah insaf daripada berjuang untuk yang kemaruk stor kunyit tu..Alhamdulilah. Teruskan perjuangan YB Ezam.

    Selamatkan Islam dan Melayu...Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

    BalasPadam
  3. Nuar gila stor kunyit...PKR dah nak berkubur dah

    BalasPadam
  4. Yg serah bukit kat tokey judi tu sape? Yg serah pulau kat Cina tu sape? Yg tgadai pulau bt putih kat Spore tu angkara sape? Yg hapuskan tulisan jawi dulu tu sape? Bab Anwar tu, kenapa takut nk bawa ke mahkamah syariah? Tak caya ke Islam punya undang2 dan hakim? Takut hakim takleh nk upah ye? ehehhh..bodo punya org Umno..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama 12.38am saya setuju dengan anda.Dah lama dah nak pertahan apa lagi Bau Najis-BN.Bank Bumi dah terlingkop.Tanah rezab melayu dah kian susut.Tanah pertanian habis jadi taman perumahan sapa punya kerja?Kampong Melayu lenyap.Ada sikit sipi -sipi tu pun tanah Keretapi Tanah Melayu.Dulu kini dan terkini sapa yg perintah??Sapa tipu dan tertipu.Yang peleceh dan perlekeh UMNO diberi tempat dan pangkat.Yang dok ligan pengundi hantu dibantu.Umno ialah tempat untuk orang yang bermuka-muka dan berpura-pura.Perjuangan bukan untuk bangsa tapi untuk kepentingan diri semata.Dulu kini dan selamanya dusta dan auta.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini