BEBERAPA jam sahaja lagi Kongres PKR akan berlangsung. Sepatutnya kongres ini adalah tempat berhimpun bagi menyatukan hati semua ahli PKR dari semua peringkat dan ianya disambut seolah-olah menyambut perayaan besar di dalam parti. Mungkinkah impian ini terlaksana?
Saya amat simpati apabila membaca tulisan seorang pejuang muda di dalam blognya di sini. Nada tulisan seperti merayu dan memohon agar pimpinan parti dapat mendengar luahan mereka. Tidak perlu lagi saya sebutkan apa yang mereka mahu dan perjuangkan kerana saya telah banyak menyiar dan mengulas isi hati mereka kepada parti.
Tidak terbayang oleh kita bagaimana sayangnya mereka kepada parti ini. Mereka tidak mengambil jalan sepertimana jalan yang dilalui oleh Zaid Ibrahim walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa mereka ini mempunyai pemikiran yang sama dengan Zaid. Bezanya, Zaid menggunakan jalan yang salah lagi sesat. Mereka tidak. Mereka akur dengan kehendak parti agar menyuarakan segala masalah, teguran, cadangan atau kritikan melalui saluran yang sah lagi halal. Namun, apakah parti menghargainya?
Saya petik sebahagian dari tulisan yang terdapat di dalam blognya itu.
"Ayuh menyertai kempen Mencari Keadilan Selamatkan Keadilan, dengan menghadirkan diri pada kongress kali ini mengenakan baju yang berwarna hitam sebagai tanda protes. Juga akan diagihkan riben dan armband di perkarangan kongress untuk dipakai sebagai tanda sokongan terhadap protes yang merujuk kepada kepincangan Pemilihan 2010." (edyesdotcom)
Adakah sampai ke peringkat ini parti mahu mereka bertindak? Jangan salahkan mereka jika ianya dilakukan semata-mata untuk mencelikkan pimpinan parti yang mungkin `terlelap' seketika. Jangan cuba gelar mereka `pengkhianat' sekiranya mereka terpaksa lakukan ini semua. Tepuk dada, tanyalah hati yang jujur mengapa golongan muda ini terpaksa melakukan tindakan yang sudah pasti mereka sendiri kurang seronok untuk melakukannya. Mengapa?
Mereka bukan orang `upahan' Zaid, jauh sekali orang upahan Umno atau pun Jenapala. Mereka adalah pendukung PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah bersama Ketua Umum yang amat mereka sanjungi. Tentu tidak seronok kita melihat di dalam Kongress ini nanti `uniform' kita berbeza antara biru laut dan hitam. Sekali lagi tanpa dijemput, pihak media pencacai ini akan `kenyang' dengan laporan yang mereka saksikan pada kongres ini nanti. Sekali lagi, jangan salahkan mereka.
Mereka tidak minta banyak, mereka tidak minta projek atau minta jadi calon Pilihanraya Umum akan datang. Mereka cuma mahu parti siasat dan ambil tindakan dengan adil atas segala laporan yang mereka telah kemukakan. Jika parti telah bertindak, parti mesti dedahkan hasil siasatan tersebut dan jangan dipendamkan. Saya penuh yakin, kesemua mereka akan berpuas hati jika parti berjaya membuktikan bahawa tiada salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan yang telah dijalankan.
Mereka bukan protes kelemahan proses pemilihan kerana mereka akur bahawa kelemahan itu tetap wujud memandangkan pemilihan format ini pertama kali diadakan. Apa yang mereka desak dan pohon adalah siasatan ke atas dakwaan berlakunya salah laku atau penipuan sepanjang pemilihan kali ini, itu sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

WFAUZDIN...,
BalasPadamDiantara pemimpin dengan parti, mana yang lebih PENTING dan diutamakan...?
Jika timbul masaalah dalaman, siapa sebenarnya jadi punca permasaalahaan itu... pemimpin atau parti...?
Kalau parti itu slogannya adalah keadilan, siapa sebenarnya yang menjadikan parti itu tiada keadilan... parti atau pemimpin parti..?
Jika pemimpin parti mengatakan mereka bertindak adil jadi siapa yang tidak adil dalam parti... parti atau kuda trojen...?
Teruskan main wayang kulit....
Kuda trojan adalah anon diatas..
BalasPadampemilik blog nie suka bercerita merapu-rapu...
BalasPadamwalaupun ini blog pribadi dia...tetapi setiap apa yg disiarkan dibaca dan ditapis oleh ribuan pembaca...so, jgn tunjukkan kebodohan sendiri...
bodoh sikit-sikit cukupla..