Kongres PKR: Rumah tak siap pahat berbunyi?
Selepas sebulan pemilihan yang penuh 'kontroversi', kongres tahunan PKR mulai esok dijangka menjadi ibarat 'rumah siap pahat berbunyi'.

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, perwakilan dijangka menyentuh soal keperluan parti kembali kepada agenda asal.
Bagaimanapun, sama ada wujud ejek-mengejek sesama 2,460 perwakilan berhubung isu 'pengkhianat' atau 'kuda Trojan' (musuh dalam selimut) yang sering dibangkitkan pemimpin kanannya, Tian berpendapat politiking dalaman sudah tamat.

Kata Tian (kiri), seperti biasa, mood optimis akan mewarnai atmosfera di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tempat mereka bersidang.
Sementara itu, pemerhatii politik berpendapat, pertembungan antara penyokong tegar Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim – yang bertembung pada awal persaingan kerusi timbalan presiden – tidak dapat dielakkan.
Perwakilan tak mampu disekat
Bagaimanapun, bagi Azmin – yang menang bergaya sebagai timbalan presiden – tidak sahaja menghadapi pengikut setia Zaid.
“Mereka tidak semestinya pro-Zaid. (Tetapi) masih ramai antara perwakilan yang tidak sukakan Azmin. Saya rasa Azmin pun turut dihentam,” kata sumber parti.

Sementara itu, sebagai parti pertama di Malaysia yang menghadakan pemilihan langsung kali pertama, pelbagai aduan salah laku dan salah tadbir muncul.
Isu ini dipandang berat oleh tokoh-tokoh yang bertanding, terutamanya oleh 'kem bukan Azmin' seperti Zaid dan Mustaffa Kamil Ayub.
Malah Isnin lalu, laporan calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang diserahkan kepada presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini tersebar meluas di internet.

Golongan yang tidak berpuas hati ini hanya bergantung harap pada anak sulung Anwar Nurul Izzah Anwar ,yang mana beliau dijadual menjadi salah seorang pembahasnya.
Ini kerana ahli parlimen Lembah Pantai pernah hadir ke program membincangkan aduan salah laku dan salah tadbir pemilihan yang dianjurkan oleh Badrul Hisham sebelum ini.
Masih belum diketahui beliau akan terlibat membahaskan usul apa, tetapi beliau pastinya ingin keluar daripada bayang-bayang bapanya, apatah lagi setelah dikatakan mendapat undi terbanyak untuk kerusi naib presiden./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan