RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 November 2010

AZMIN, CHEGU BARD BILA NAK BAYAR UPAH AKU? AKU NAK DERMA NI...

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU bukan pejuang reformis dan jauh sekali pernah `berkampung' di rumah Anwar sewaktu mula-mula Anwar dipecat. Aku tidak pernah bawa anak bini aku melepak atau `menebeng' kat rumah Anwar pun. Anak aku pun tidak pernah bermain dengan anak Anwar, samada main kucing atau pun anjing. Aku cuma penyokong PR, dan penyokong Anwar. Itu saja.
Kecilnya aku ini, namun aku berterima kasih di atas `popularti' yang diberikan oleh seorang kawan di dalam blognya. Siap letak gambar aku lagi, terima kasih banyak. Gambar terbaru aku tak nak ke? Aku ada letak gambar terbaru dalam blog aku tu, jika mahu aku izinkan untuk dicopy.

Dalam blognya dia kata aku Blogger upahan Azmin. Blogger Barua katanya. Pasal `upahan' yang dia dok kata tu, aku dah jawab lama dah berapa juta aku terima dari Azmin. Chegu Bard pun `upah' aku juga semasa kempen pemilihan baru-baru ini, juta juga Chegu Bard kasi.

Itulah, bila kita hentam orang macam orang takde akal kita sedap saja menulis. Bila kita kena tegur, kita melenting dan tuduh orang itu barua atau Blogger upahan. Hujah takde pun. Aku malas nak link semua tulisan aku tentang Azmin atau Chegu Bard, dan aku juga malas nak link tulisan aku tentang apa yang dikatakan kepincangan di dalam pemilihan parti. Bahkan, aku siarkan dalam blog aku email dari seseorang yang tidak puas hati tentang pemilihan kali ini. Walaupun aku dikatakan mendapat `upah' oleh Azmin, aku tulis dan siarkan juga laporan salah laku yang dibuat oleh Chegu Bard dan beberapa teguran kepada parti yang ada faktanya. Aku harap Azmin tetap `bayar' aku walaupun aku menulis tentang kepincangan pemilihan yang baru berlalu.

Sebab itu, aku malas nak layan atau delete segala komen pengunjung blog aku walaupun komen itu hentam aku balik. Aku tak kisah kerana itu hak pembaca. Takkan kita nak paksa orang setuju dengan semua yang kita tulis. Takkan aku nak cop dia orang tu barua semata-mata tidak setuju dengan pendapat aku. Cuma, aku akan delete komen yang ada unsur lucah terlampau kerana tidak baik untuk ditatap.

Aku seronok kalau pandangan aku dikritik atau dibalas dengan hujah. Jika aku rasa hujah dia lebih tepat, aku akur dan tidak akan menjawabnya. Aku pernah berhujah dengan Blogger Batu-Api@firestone, dan aku seronok berhujah dengannya. Dia membalas hujah aku dengan hujahnya. Malangnya, dia selalu menang dengan aku dan aku `surrender' dan tidak menjawab tulisannya. Itulah baiknya ber`blog' ini, jika kita cerdik. Tapi, jika kita anggap ber`blog' macam budak-budak berkelahi, buang masa je.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak kepada rakan aku yang `promote' aku di dalam blognya itu. Aku halalkan lah gambar itu walaupun rakan aku tu tak minta izin pun. Sebagai membalas `jasanya', aku seru korang semua masuklah blog rakan aku tu, korang boleh baca macam-macam cerita tentang seorang pejuang reformasi yang tulin lagi ikhlas. Kisah beliau pelihara kucing dan minta derma pun ada. Kisah dia maki orang tak kasi derma pun ada. Kisah dia caci bekas beberapa majikan yang pernah kasi makan anak bini dia pun ada...Macam-macam adaaaa.......

InsyaAllah, kalau Azmin dan Chegu Bard dah buat payment `upah' menulis aku nanti, aku dermalah sikit untuk kucing-kucing beliau bela tu....No hal.

6 ulasan:

  1. mangkok tu ado bini ko ?? bilo den baco n3 kau ni den dah tahu sapo kau maksud kan,,, ahahahahha poie jahanam lah dgn dia Bai !!!!!!

    BalasPadam
  2. kalau nak tahu siapa barua pi tengok kat http://jamilkucingpondan.blogspot.com dan juga di http://jamilismail.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam Rakan Bloger, SRK ucapkan takziah kepada anda, cuma yang kita kesali, semuga diharap kepada rakan Bloger, tolong jangan hentam soal keperibadian seseorang diDalam Blog, kerana itu adalah maruah diri yang tidak perlu diketahui umum, maaf hanya pandangan.

    BalasPadam
  4. Nak pelik apa SRK, org camtu mane ade maruah. Dia asyik main ngan kucing je...sbb tu tulisan dia pun dh berbau taik kucing....

    BalasPadam
  5. Salam bro,

    Kadangkala adalah lebih baik diam dari banyak bercakap. Gua pun ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan isu PKR nih... sebab tu malas nak campur sangat.

    Biarlah mereka selesaikan secara dalaman. Supaya tidak merosakkan imej parti dan khususnya PR.

    Gua pun dah pernah terkena macam lu.. so banyak bersabar jelah... biarlah apa orang lain nak cop sekalipun.

    Pedulikan saja....

    BalasPadam
  6. Perang peraang perang!!!!!!!!!

    perang jangan tak perang!!!!

    Lagi cepat hancoq lagi baguih!!!!!!

    BalasPadam