RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 November 2010

PKR AKAN JADI LEBIH KUAT - AZMIN

Azmin: Gesa Zaid Kemuka Bukti, PKR Tidak Goyah
09/11/2010


KUALA LUMPUR 9 NOV: Datuk Zaid Ibrahim perlu mengemukakan bukti sahih untuk menyokong dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sedang berlangsung.

"Beliau perlu menggemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Azmin Ali yang juga naib presiden PKR.

Azmin juga menyarankan Zaid yang juga Calon Timbalan Presiden PKR yang menarik diri daripada pencalonan semalam digesa mengadakan perbincangan bersama kepimpinan parti sebelum membuat keputusan menggunakan media perdana pro Umno-Barisan Nasional menyerang pucuk pimpinan parti itu.

Ahli Parlimen Gombak itu yang ditemui di lobi parlimen berkata, tindakan Zaid mengumumkan penarikan diri dan perletakan jawatan parti adalah tidak wajar selain menimbulkan persoalan berkenaan pendirian Zaid dalam memperjuangkan reformasi.

"Jika dilihat beliau telah menggunakan Utusan Malaysia untuk menyerang kepimpinan parti. Saya tidak faham jika beliau percaya kepada reformasi, mengapa tidak mengutarakannya kepada ahli. Bukan melalui blog, laman web atau Utusan dan TV3," ujar beliau di lobi parlimen/TVNews

5 ulasan:

  1. macam biasa kalu claim makin kuat tu maknanya nak runtuh le tu...heheheha

    BalasPadam
  2. mmg PKR akan kuat sbb anasir peruntuh akn keluar dan kita hrp dia keluar tp dia nak ke mana ya?Mgkn join Zul kulim yg makin buta tu.Kejayaan besar si bangsat tu skrg ialah mengheret pula Mus kita selepas beberapa org blogger jd mangsa BANGSAT ZAID ni

    BalasPadam
  3. Pkr semakin kuat dari hari kehari . Otak manusia tidak boleh di tipu . Jadi lah PKR sebagai tampi buang yang hampeh tingal yang isi.

    BalasPadam
  4. PKR akan jadi lebih kuat. Saya sendiri berkemungkinan nak jadi ahli. Lagi dia orang serang PKR, bererti mereka takutlah pada PKR.
    Lawan tetap lawan.

    BalasPadam