RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 13 November 2010

YB GOBALA KINI KEMBALI MENYOKONG AZMIN?

Kemunculan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishan ketika sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim beberapa minggu lalu waktu belum lagi beliau umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR…mencetuskan andaian beliaulah ‘Panglima Zaid’.

Apa lagi lepas itu Gobala terang-terang menghentam Azmin Ali kerana mendakwa pernah panggilnya ‘pariah’ semasa satu mesyuarat PKR.

Terbaru Selasa lalu beliau muncul seketika di rumah Zaid tetapi tidak menyertai sidang akhbar dimana bekas calon Timbalan Presiden PKR itu belasah sakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. Namun, pagi Rabu ketika sekumpulan wartawan yang bertugas di Parlimen mahu mendapatkan komen Gobala berhubung kenyataan Zaid yang mahu Anwar dan Azmin berundur daripada PKR, beliau agak berat mulut mengulas. Dengan muka agak cemas beliau antara lain hanya kata tiada Anwar bermakna tidak ada PKR.

Perubahan sikap Gobala yang tiba-tiba mempertahankan Anwar disedari beberapa orang wartawan termasuk Agendadaily. Kenapa Gobala tiba-tiba ‘korner baring’ daripada menyokong Zahid kepada tiba-tiba mempertahankan Anwar? Jawapannya, Gobala mungkin sudah tahu, karier politik Zaid diakhir hayat dalam PKR ekoran keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu bersama Azmin dan Mustafa Kamil Ayub.

Cara terbaik, Gobala kena ‘rujuk’ semula dengan PKR dan Agendadaily difahamkan, beliau sudah berjumpa Azmin pada malam Rabu untuk berdamai. Pertemuan hampir 45 minit di tepi Lebuh raya Persekutuan menghala ke Klang itu berlaku selepas beliau menghubungi Azmin dan merayu untuk bertemu dengannya. Barangkali selepas pertemuan itu dan ‘mengakui kesilapannya menyokong Zaid’, Gobala keesokannya kembali memuja Anwar dengan kenyataan tanpa Anwar tiadalah PKR.

Itu adalah sebahagian contoh bagaimana pemimpin PKR yang menyokong Zaid sebelum ini terpaksa berpatah ke belakang kerana bimbang kedudukan mereka dalam parti atau pilihan raya akan datang terjejas.

Pada Khamis, Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, itu menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden. Maka dengan itu sahlah nama Zaid dikeluarkan dari senarai calon yang bertanding. Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr Molly Cheah. Keputusan itu, terus bermakna Zaid kini hanya ahli biasa PKR dan sebagai ahli, siapa lagi mahu menyokong beliau.

Apa yang tidak kurang menarik perhatian ialah Mustafa juga sudah menjelaskan pendirian agar orang tidak keliru tentang isu beliau mahu pemilihan dibatalkan dalam 48 jam masa cakap di sidang akhbafr bersama Zaid. Katanya Khamis,”saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah. "Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

Baca selebihnya di Agendadaily.com

3 ulasan:

  1. blog ini jahat, menyokong azmin keterlaluan sehingga chegubard terananiya dan terabai.

    anwar-saifuddin-azmin mempunyai agenda jahat untuk mengenepikan chegubard dgn menaikkan shamsul iskandar.

    itupun wfauzdin x sedar2 lagi.

    BalasPadam
  2. Patutlah shamsul iskandar bermati-matian membela annuar dan azmin. Sudah pasti sipanglima pengampu mendapat habuan dari bosnya. Paling kurang dapat menangkan dia cara tipu jadi ketua amk.Tapi paling bagus kalau bos calunkan dia di PRU13. Konon zaid hanya layak berdebat dengan dia saja bukan annuar, muka pun macam sekalan tak sudah ada hati nak cabar zaid. Sekurang2nya zaid pernah jadi menteri shamsul jadi apa..barua annuar cari budak pembancoh kopi untuk dia,

    BalasPadam
  3. daripada catatan para akhir 10:41,sah ini lah barua umno yang menyemak dalam pkr dan lain lain parti pakatan.
    depa ni jadi barua pasai wafaidin juga .dah tau agendaily ni media hakpak,hang bawa nasuk buat apa.aku taulah ini blog hang,tapi jangan jadi bangang macam depa

    BalasPadam